Saturday, January 28, 2023
Jihad Melawan Dosa
Monday, January 23, 2023
Adakah Imam Abu Hanifa Rahimahullah Seorang Murji'ah (2)
Adakah Imam Abu Hanifa Rahimahullah Seorang Murji'ah (1)
Saturday, October 15, 2022
Hukum Menonton Sukan Bola Sepak
Diantara fatwa-fatwa ulama kontemporari berkenaan dengan hukum menonton sukan bola sepak:
Ibnul Uthaimin rahimahullah:
"Haram jika sekiranya ada pelanggaran syariat seperti:
- Meninggalkan solat jemaah
- Membuang masa secara sia-sia dan tidak berfaedah padahal masa sangatlah berharga bagi orang-orang yang berakal
- Bergantungnya hati, tetaut dan cinta kepadanya serta muwala (kesetiaan) kepada orang kafir
- Tidak melalaikan diri dari solat
- tidak menyia-nyiakan masa
- tiada ikhtilat, kefasadan yang bercampur padanya
- Mutabaah: mengikuti, menyokong sehingga hati bergantung maka menjadi haram
- Tidak menyebabkan mafasid seperti meninggalkan solat dan lainnya
Saturday, October 8, 2022
Pahala menyara gaji guru tahfiz
Fatwa ini saya hadiahkan kepada para dermawan dan muhsinin sebagai khabar gembira dan motivasi bagi mereka.
Pahala menyara gaji guru tahfiz
Soalan:
No. Fatwa (20707)
Di kota kami - Kota Badar - ada kalangan penghafal Al-Quran, dan guru-guru dalam mahad itu menerima gaji.
Soalan saya, Syeikh: Jika saya menyara gaji salah seorang guru tahfiz, adakah saya akan menerima pahala setiap murid yang menghafal dalam halaqah ini untuk setiap huruf sepuluh kebaikan?Jika murid ini membesar dan mengajar al-Quran dan menjadi imam di masjid, adakah saya akan mendapat pahala yang sama seperti dia, kerana menyara Gaji ini saya teruskan?
Jawapan:
Jika anda menjamin gaji guru Tahfiz Al-Quran, maka anda diberi pahala, dan amalan anda adalah salah satu ibadah yang paling besar, dan setiap pelajar menghafaz sesuatu daripada Al-Quran melalui guru ini, maka anda mempunyai bahagian pahala tanpa mengurangkan pahala mereka. Semoga Allah memberikan kejayaan, dan semoga salam dan salawat Allah Ta'ala sentiasa tercurah kepada Nabi kita Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya.
Sumber:
Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi (11/8)
Kumpulan kedua:
Bakr Abu Zaid (Ahli)
Saleh Al-Fawzan (Ahli)
Abdullah bin Ghudayyan (Ahli)
Abdul Aziz Al-Sheikh (Naib Presiden) Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz (Presiden)
Diterjemahkan oleh Kaisar Alduri waffaqahullah
Thursday, July 7, 2022
Hukum Solat Jumaat Tanpa Keizinan Penguasa atau Kehadirannya
Solat jumaat sah tanpa keizinan penguasa dan kehadirannya, samaada penguasa ada di dalam negeri itu ataupun tidak. Ini adalah pandangan jumhur ulama: Maliki, Syafi’i, dan Hanbali, dan Ibn Hazm juga memilih pendapat ini.
Dalil-dalil:
1. Pertama: Daripada
Al Quranul-Karim
إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ
يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ [الجمعة: 9]
Ketika
azan pada hari jumaat dilaungkan, maka bertebaranlah untuk mengingat Allah
(Al-Jumu'ah: 9).
2. Kedua: Daripada Atsar
(Perkataan Sahabat)
عن
عُبَيدِ اللهِ بنِ عَديِّ بنِ خِيارٍ، أنَّه دخَلَ على عُثمانَ بنِ عَفَّانَ وهو
محصورٌ، فقال: (إنَّك إمامُ عامَّةٍ، ونزَلَ بكَ ما ترَى، ويُصلِّي لنا إمامُ
فِتنةٍ، ونَتحرَّجُ؟ فقال: الصلاةُ أحسنُ ما يَعمَلُ الناسُ، فإذا أحسنَ الناسُ
فأَحْسِنْ معهم، وإذا أساؤوا فاجتنبْ إساءتَهم)
Daripada
Ubaidullah bin Adiy bin Khiyyar, bahwa suatu ketika dia memasuki Utsman bin Affan
radhiallahu anhu tatkala dia sedang dikepung, dan dia berkata: “Sesungguhnya kamu adalah
seorang pemimpin ummat, dan apa yang telah berlaku kepadamu sebagaimana apa
yang telah kamu lihat, yakni ada seorang imam fitnah (buruk) mengimami kami, dan
kami merasa pelik dalam solat kami. Utsman bin Affan radhiallahu anhu pun
berkata: Solat ialah amalan terbaik yang dikerjakan manusia, kalau imam
mencantikkannya maka cantikkanlah pula (solat itu) dengannya apabila mereka
tidak membaguskannya maka elakkanlah diri daripada mereka itu.
Wajhuddilalah/Penanda:
· Dia tidak memerintahkannya
untuk mengulangi solat, walaupun yang mengimami solat untuk orang-orang adalah Kinana bin
Bisyr - salah satu imam fitnah - dan tanpa izin daripada Khalifah Utsman
bin Affan radhiallahu anhu
3. Ketiga: Qiyas imamah kepada semua solat fardhu
4. Keempat: Dibolehkan
solat jumaat di belakang imam yang bukan imam lantikan penguasa ataupun dari kalangan rakyat
biasa. Sesiapa yang taat kepada imam lebih berkemungkinan membenarkannya untuk
menggantikannya
5. Kelima: Ini
adalah salah satu kewajipan fardhu ain, sehingga tidak diperlukan keizinan imam
untuk itu, sepertihalnya solat zuhur.
Maraji:
dorar.net
Semoga Allah Azza Wajalla sentiasa membimbing kita semua diatas Islam dan As-Sunnah
Thursday, September 30, 2021
Jadilah Orang Yang Memperbaiki
Terkadang seseorang mencela dan mempermalukan saudaranya karena melakukan suatu aib kesalahan atau dosa lantas saudaranya tersebut benar-benar merasa malu hingga semakin terjatuh dalam aib kesalahan dan dosa yang semakin parah dan menjauh dari kebenaran. Setelah saudaranya itu semakin parah maka si pencela pun mengatakan memang si dia itu dulu begini dan begitu.
Wallahu Al Musta'an
Jadilah orang yang selalu mengutamakan ishlah dan perbaikan orang lain sebagian orang.