Penguasa Cermin Rakyat
_Al-Allamah Ibnu Utsaimin rahimahullah:_
Segelintir orang berkata:
_"Kami tidak wajib mentaati pemerintah kecuali mereka benar-benar istiqamah",_
Kenyataan ini:
⛔ Adalah satu kesalahan dan
⛔ Bukan bahagian daripada ajaran Islam langsung,
⛔ Adalah kefahaman Khawarij yang menghendaki penguasa supaya istiqamah dalam mengikuti perintah Allah dalam segala urusan.”
Ini sudah lama tidak berlaku daripada dulu, keadaan telah berubah
Diriwayatkan bahawa salah seorang Raja Bani Umayyah mendengar bahawa ada orang bising tentang dia dan kerajaannya, lalu dia mengumpulkan para pembesar dan orang-orang yang tersohor untuk bercakap dengan mereka, dan dia berkata kepada mereka:
_Adakah kamu mahu kami menjadi seperti Abu Bakar dan Umar?_ Mereka berkata:
_Iya betul, kamu adalah seorang khalifah dan mereka juga adalah khalifah._
Dia berkata: _Jadilah kamu terlebih dahulu seperti rakyat Abu Bakar dan Umar, sehingga kami pun akan menjadi seperti Abu Bakar dan Umar,_
ini adalah jawapan yang hebat kerana kalau rakyat berubah, maka Allah pasti merubah pemerintah mereka, sebenarnya kamu seperti cermin keatas pemerintah kamu.
Adapun orang-orang yang menghendaki supaya para penguasa itu seperti khalifah, padahal mereka jauh dari perangai rakyat jajahan khalifah, maka ini ialah tak betul. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa berfirman:
وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضاً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Yang demikian itu kami jadikan bagi mereka penguasa yang zalim kepada sebahagian lainnya sebagai balasan keatas apa yang mereka perbuat selama ini. (Al-An'am: 129).
*[Sharh Riyadh Al-Saleheen 8/517]*